Assalamualaikum..
(AWAS POST PANJANG BERJELA-JELA)
After 4 orang ahli Umah Atas Umah Bawah (UAUB) kahwin, barulah dapat post. So, kita buat compilation sekali lah. UAUB ada 12 orang sebenarnya. 4 Dah kahwin, tinggal lagi 8. Ramai lagi. Yang syoknya, bukan 1, 2 negeri je ahli UAUB ni, banyaakk.. Sarawak pon adaaa. Tp 4 orang yang dh kahwin ni, semua budak semenanjung. 3 yang Sarawak belum kahwin lg. Kita tungguuuu...
Okay, so nak start dengan Puan Amalia Hani kita, kecik molek je orangnye. Paling awal kahwin antara kitorang. Asalnya Pahang, kahwin pun dekat Pahang, dengan pasangannya Afiq Safwan. Ni ceritanya :-
Tanggal 13/6/2014. Semua ahli UAUB kecuali Amalia berkumpul dekat Sri Damansara, rumah sewa Aten, Lemon and Tasya. Sebab esk pagi2 sebelum subuh nak gerak ke Pahang.
14/6/2014. Bangun pagi2, tunggu turn mandi (3 bilik, 2 toilet) lepas tu siap2. Berangkat dari Sri Damansara dalam pkul 5 pg camtu. Berhenti Solat Subuh dekat Petronas Genting Sempah. Sambung perjalanan dengan 3 bijik kereta (kereta Aten, kereta Syu and kereta Alia)
Dalam pukul 9.00pg kitorang sampai. Lia nikah Sabtu pagi 14/6/2014 dalam pukul 9.30. So kitorang awal sikit je. Sempat breakfast dekat rumah Lia dulu. Lepas Lia siap, gerak ke masjid, Lia nikah kt masjid, dekat dgn rumah dia. Lepas settle nikah, ambil2 gambar, lepas tu check in dekat homestay, area blakang rumah lia (teres 2 tingkat). Seronok berkumpul dengan member2 rmh sewa time blaja. Rinduuu.
|
Dah selamat nikah! |
Dalam pukul 11.00pg, kitorang gerak ke rumah Lia balik, bersedia untuk majlis resepsi. Sampai-sampai je kitorang serbu bilik pengantin dulu, nak amek gambar. :p
|
11 Orang! Izni tak sampai lg! |
|
Lengkap! Gambar Family :D |
Dah settle majlis dekat rumah, kitorang ikut Lia pegi Outdoor Photoshoot! yesss! Bende paling best sebenarnya. hahaha.. Lepas penat berposing, kitorang pun balik ke homestay.
|
Bridesmaid :- Emerald Green theme |
Malam tu keluar makan pulak. Dekat Pahang ni makanan sedap2. So kitorang pergi makan dekat kedai seafood (tak ingat nama kedai) Sedap jgk laaa..
15/6/2014 Keesokan harinya, kitorang bangun, siap kemas2 barang.. Singgah rumah Lia dulu. dapat pakej breakfast sekali..hehehe. Lepas breakfast, kitorang pun pulang.. Begitulah ceritanya..
p/s :- Yang paling best, semua 12 orang dapat berkumpul time Lia kahwin. :D
After Amalia Hani, turn aku pulak.. Tanggal 8/8/2014 tarikh pernikahan Zulaikha & Anis Syakir. Boleh refer post sebelum2 ni. :D
(Persiapan Majlis Pernikahan Part 3)
Seronok bila member datang. Hari nikah pun sanggup datang. Walaupun siang tu keje (Jumaat). Kali ni UAUB stay dekat Bayu Beach Resort. Makcik Lemon ade apartment kat situ. Tapi kali ni member Sarawak tak dapat join.. Yang lain Alhamdulillah datang. Syu dengan izni pun x dapat datang malam tu. Tapi majlis resepsi diorang datang..
|
Thank you for coming.! muahh cikedd! :D |
9/8/2014 Bridesmaid berkumpul dekat Bayu Beach Resort, Port Dickson. Masa ni syu dengan izni dah smpai. Berkumpul sekali. Lia and husband duduk hotel lain. Dalam pkul 11.00 pg diorang dh smpai rmh.. Seronok tengok diorang pakai baju sama.. :D
|
Bridesmaid :- Kelabu purple theme. (Lia tak sampai lagi) |
|
Lia dah sampai! p/s: pose wajib!
|
Lepas habis majlis, 5 orang je dapat ikut photoshoot, yang lain kene balik awal.. Tasya, Alia, Lemon Aten & Tyra follow ke pantai..
Lepas habis photoshoot, kitorang pun bersurai.. Tasya, Aten, Lemon and Tyra teroskan percutian pendek sampai hari Ahad. Alia balik Rembau. :D Begitulah ceritanya.. Thank you so much UAUB! I love uols so much3!
After Zulaikha ni kahwin, turn Nur Syuhadah pulak. Hujung bulan 8. Tanggal 30/8/2014 Syu selamat diijabqobulkan dengan Ahmad Zhafran (classmate time diploma) Pengantin Merdeka. Tapi sayangnya x dapat tengok Syu kahwin malam tu. Pegi Majlis resepsi diorang je. Dekat Dewan dalam UKM, Bangi.
Kali ni ada 10 orang join tak termasuk syu. hehe. 2 member Sarawak tak dapat join. Niaz in da house!! Niaz stay dekat rmh sewa Tasya, Aten n Lemon.. So diorang pergi tengok Syu nikah.
31/8/2014 Aku dengan husband gerak dalam pkul 10 pg. Teros ke rumah Syu. Syu pun tengah siap lagi masa tu.. Sampai-sampai je amek2 gambar dulu.. Macam biase..
|
Lia & Izni tak sampai lg. |
Lepas Syu siap kitorang pun gerak ke Dewan UKM. Macam biasa lah.. Kerja wajib bila jd bridesmaid, kitorang kene follow belakang pengantin.. Mengiringi pengantin ke dalam dewan..
|
Beratur2! |
Sampai je dalam dewan, pengantin makan, kami pun makan..
|
Captured by Anis Syakir. Thank u! |
Lepas semua dah habis makan, Izni and Amalia pun dah sampai.. kitorang pun mulalah penuhkan pelamin. hehehe.
Antara pose2 wajib kitorang.. :D
Kali ni aku tak ikut pergi photoshoot outdoor. Sebab kene balik awal.. ade makan-makan pulak dekat rumah.. Begitulah cerita kahwin Syu..
Masuk je tahun baru, dengar2 cerita ade 2 wedding. Alia and Izni.. Yang dh confirm Izni. Bulan 2 haritu..Alia belum confirm tarikh lagi.. takpe.. slow2.. Turn Izni pulak kahwin.. So kene la plan betol2, sebab nak jalan jauh. Ke Terengganu..
Kitorang gerak awal sehari. 19/2/2015 Khamis.. Aku dengan husband gerak dari PD pukul 4 pg. Sebab nak sampai dekat rumah Syu pukul 5pg. Kitorang naik kereta 4 orang. Aten. Tasya, Lemon and Alia naik kereta Aten. So, 2 kereta je.. Kitorang gerak asing2, tapi jumpa dekat RnR (tak ingt nama) Sampai Terengganu dalam pukul 2 ptg. Kitorang teros Check in dekat Dara Inn. Lepas Checkin kitorang makan!Dara Inn ni dekat jugak dengan pantai.. Selesa tapi banyak nyamuk. huhuhu.
|
Kedai depan Dara Inn |
20/2/2015 Pagi-pagi dah bangun.. Siap2 nak gerak ke rumah Izni.. Izni nikah Jumaat pagi, bersanding ptg, lepas Jumaat.
|
Selesai nikah! |
|
Bergambar bersama pengantin adalah kemestian! |
Lepas dah makan2, nak tunggu bersanding lama sangat, so kitorang balik Dara Inn dulu. Rehat kan diri, hihihi. Pukul 2.30 ptg baru gerak ke sana balik. Time ni husband Syu dengan aku x ikut. Diorang pegi makan celop tepung.! Ciss. So, kitorang gerak 1 kereta je.
|
yg duduk sebelah pengantin tu roomate Izni dulu. |
Masa ni jadi ayu lebih sikit dengan bunga2 atas kepala tu.. hehehe.. Flower girl sangat..Sponsored by Izni :D
|
Bridesmaid :- Dusty purple & Cream theme |
Lepas dh habis majlis dekat rumah, sambung photoshoot dekat tepi pantai.. tapi bukan amek gmba laut.. amek gambar hutan2 sikit..
|
Tasya xde dalam gambar :( |
Lepas habis je outdoor ni, kitorang pun balik ke Dara In. Rehat2. Malam tu keluar cari makanan sedap.. hemmoh hemmoh. Kitorang makan dekat kedai seafood bawah jambatan.. Memg sedap. Tapi kitorang lambat smpai.. Ikan pun dh nak hbs. Udang and sotong dh habis pon.. Tapi memang best.
|
sebelum & selepas :) |
21/2/2015 Bangun pagi2, breakfast dekat hmm (tak ingat nama restoran) area rmh izni jgk.. sedap. pg2 makan berat. Lepas habis breakfast, kitorang pergi kedai kek Simply Scrumptious, member QS dekat UiTM Shah Alam dulu.
|
The Simply Scrumptious |
Lepas tu bersurai, sebab Aten Lemon Tasya and Alia nk sambung short vacay diorang. Ke pulau perhentian! Kitorang pulak pergi pasar Bt 6. Shopping kopok lekor! :D
Begitulah cerita Wedding Compilation untuk post kali ni. Till next timeeee!
The End.
2 comments:
Cantiknya lahai gambar majlis aju. Hehe
hehe. thank u idah.. tggu majlis idah je ni.. da tau tarikh dah.. InshaAllah kalau xde pape kita dtg belah naqi ye :D @idah_shi
Post a Comment