Nuffnang Ads

June 10, 2014

Majlis Bertunang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Last post ari tu bulan 2. Sepanjang 4 bulan ni macam-macam jadi. Alhamdulillah sekarang dah bertunang.. :) Bulan 2 ari tu xde rancang apa-apa pn. Semua start pada bulan 3. Alhamdulillah majlis merisik & bertunang selesai pada hari ahad, 6 April 2014. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. 


11.00 am : Rombongan keluarga tunang sampai ke rumah.

11.10 am : Perbincangan antara keluarga saya dan pihak lelaki.

11.30 am : Majlis perbincangan selesai. Sarung Cincin. Gambar atas tu adalah gambar Maklong kpd tunang saya yang menyarungkan cincin dijari manis saya. hihihi.

11.30-12.30 tgh hari : Jamuan makan, sesi bergambar. 

12.40 tgh hari : Majlis selesai


Majlis bertunang saya sangat simple. Sebab mula-mula tak plan untuk jemput ramai orang, tapi, bg menghormati keputusan pihak lelaki, bukak lah 2 khemah. :) Tips untuk rasa simple dan jimat adalah seperti berikut :

1.) Baju kurung dan tudung sedia ada - Plain
2.) Tidak menggunakan pelamin bertunang/mini
3.) Membuat hantaran sendiri
4.) Tidak meletakkan barang sebagai hantaran (makanan sahaja)
5.) Tidak mengupah mak andam utk make-up
6.) Tidak mengupah mana-mana photographer 

Seperti yg disenaraikan di atas, semuanya saya simplekan supaya nampak ringkas. Baju memg baju sendiri, tudung sendiri (halfmoon) cuma menambah (jahit) lace sebagai hiasan. Make-up kakak saya je. tu pn natural look je. 

Bagi yang menginginkan majlis pertunangan yang simple, tidak membazir, boleh la rujuk tips dkt atas. Bagi yang berkemampuan, boleh je nk buat secara grand. tidak ada masalah. 


----THE END----