Nuffnang Ads

March 31, 2015

Medan

Assalamualaikum...

Kali ni nak bercerita pasal trip to Medan. Diselitkan dengan tips-tips menarik, InshaAllah.. Baru je balik dari Medan Ahad lepas. Kira short vacay jugaklah. 'Trip ke Medan 4 hari 3 malam'

Pagi yang Indah.

Iternarary nya begini...

26/3/2015, Khamis

4.30 am :- Bertolak dari PD ke KLIA 2. (40 minit)
5.20 am :- Check in. (Air Asia)
6.30 am :- Solat Subuh
7.40 am :- Bertolak ke Medan (waktu Malaysia)

Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sampai di Kualanamu Airport pukul 7.40 waktu Indonesia. (Waktu di Indonesia lambat sejam)

8.00 am :- Breakfast di Ayam Penyet Cindelaras

Disebabkan tak boleh check in hotel lagi, kami teros ke destinasi pertama.

10.00 am :- Pasar Ikan. (survey kain-kain murah)
12.00 pm :- Check in di Hotel Antares. *Dapat katil asing. sbb katil queen dh habis.*
12.30 pm :- Makan tengah hari di sebelah Hotel Antares, Nasrul Sibolga. Menyediakan makanan padang. Bermacam-macam jenis lauk dihidangkan. *Sila makan lauk yang ingin dimakan sahaja. Jangan dicolek semua lauk, pembayaran dikenakan ke atas lauk yang sudah diusik/dicolek*
1.30 pm :- Rehat sebentar di hotel. Solat dan tidur. (ZZZzzZZZZzzZZ)
4.00 pm :- Pergi ke Medan Mall. Saya dan suami mengambil beca di hadapan hotel dengan harga Rp20,000 (± RM 6.00). Husband shopping sport shoes buy 1 free 1 dengan harga Rp 299,500 (± RM 90.00, 2 pasang kasut)
7.00 pm :- Makan malam dekat KFC (dalam Medan Mall)

Bilik kami.
Bilik Umi & Baba
Antara Lauk Padang di Nasrul Sibolga
Antara Lauk Padang di Nasrul Sibolga
 ...............................................................................................................................................................

27/3/2015, Jumaat

7.00 am :- Breakfast at hotel (included in the package)
8.30 am :- Istana Maimun. Tempat melaram jadi Raja/Pengantin. (sewa baju sepasang Rp 20,000 termasuk gambar)
10.00 am :- Pasar Ikan (Beli kain pasang, buat baju kurung)
12.00 pm :- Restoran Simpang Tiga, makan sampai kenyang.
12.45 pm :- Pulang ke Hotel (Solat)
1.30 pm :-  Sun Plaza. Dekat sini ada Sogo, dan tgh buat SALE. Survey dulu. :p
4.00 pm :- Medan Fair. *jalan-jalan cuci mata.*
6.00 pm :- Balik Hotel
8.00 pm :- Dinner di hotel

Breakfast time!
Istana Maimun
My King & My Queen (Baba & Umi)
Baba dan rakan-rakan. (Pertabalan raja-raja)
Makan di restoran Simpang Tiga
Makanan Padang


Dinner at hotel
Dinner at hotel
.....................................................................................................................................................................

28/3/2015, Sabtu

6.30 am :- Breakfast at hotel (included in the package)
7.30 am :- Bertolak ke Berastagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
9.30 am :- Sampai di berastagi. Makan jagung - jalan-jalan beli seluar - Naik kuda - jalan- jalan tgk baju 
12.00 pm :- Ke Bukit Gundaling.  Tengok pemandangan yang indah. *Sejuk & nyaman* - jalan-jalan tgk baju
1.30 pm :- Makan tengah hari di Warung Wajit & Pecal, Berastagi
4.30 pm :- Berhenti di Ucok Duiran, (solat di sebelah gerai Ucok Durian) untuk makan durian. Sebiji Rp40,000 (± RM15.00) *Saya x makan durian*
5.15 pm :- Sun Plaza. Survey barang kali ke 2
7.00 pm :- Pulang ke hotel.
8.30 pm :- Membeli belah di Yuki. Shopping complex yg berhampiran dengan hotel Antares. Antara tempat murah untuk beli kasut. (dapat 2 pasang kasut, untuk saya & khai, selain membeli baju tshirt)
10.00 pm :- Pulang ke hotel. Tidur. (ZZzzZZZzzZZz)

Sejuk!
Pemandangan dari Bukit Gundaling. (Berastagi)
Boleh la tengok2, belanja2 di sini.
Sempat jugak naik kuda dekat berastagi ni. Rp 30,000 1 kereta kuda, 3 orang naik.
Warung Wajit & Pecal
Makan di Wajit & Pecal
..................................................................................................................................................................

29/3/2015, Ahad

7.00 am :- Breakfast at hotel (included in the package)
8.30 am :- Kemas-kemas barang
9.30 am :- Ke Zulaikha Bika Ambon. Beli kek-kek, ole2 untuk saudara-mara. Antara tempat wajib.
10.30 am :- Pasar Ikan. Masa ni lah masa terbaik untuk beli brg2 selepas survey berhari2. Siap beli kain batik & kain pelekat guna duit Malaysia lagi. Masa ni jugak lah beli tshirt medan. Tawar habis-habisan sampai dapat 9 helai baju Rp 230,000 (± RM 65.00)
12.00 pm :- Balik ke hotel. Packing barang.
1.00 pm :- Check out
1.45 pm :- Makan tengah hari di Wongsolo.
2.45 pm :- Tempat terakhir sebelum pulang, ke Sun Plaza. Masa ni memg shopping habis-habisan. Sebab nak habiskan duit Rp.
5.00 pm :- Bertolak ke Kualanamu International Airport.
6.30 pm :- Checkin Air Asia
9.40 pm :- Berangkat ke KLIA 2.

Sampai di KLIA 2 pukul 11.30 pm waktu Malaysia.

Big boss melawat kedai. kahkahkah
Penampakan manusia sedang memilih baju (shooping di Sun Plaza)
Penampakan manusia sedang memilih baju (shooping di Sun Plaza)

Selesai makan di Wongsolo. Bersama Driver (paling kanan Pak Feri), (3 dari kanan, Azhar)

Antara Tips-Tips semasa berada di Medan.

1. Kalau makan makanan padang, banyak lauk yang akan dihidangkan, ambil lauk yang ingin di makan sahaja. Kalau tak nak makan, sudu pun tak perlu letak pada lauk yang terhidang. 

2. Kalau berada di Pasar Ikan, confirm ramai yang ikut kita suruh derma & beli barang diorang. Makanya, kalau nak untung, pilih salah sorang drpd peniaga yg mengekori kita tu, suruh dia tunjuk kedai yang jual kain sulam/telekong (dll) yang murah2 dkt dlm Pasar Ikan tu, diorang boleh bawak. Lepas tu, beli keychain or brg2 pada diorang sebagai membalas budi. Confirm dapat murah jgk.

3. Kalau berada di Pasar Ikan, tawar harga paling murah. Ni benda standard yang makcik2, akak2 buat kan. Kalau ade yang tak tuka duit Rp tu, tanya boleh guna duit Malaysia tak. Ade certain kedai boleh guna. Jangan malu untuk tawar menawar.

4. Kalau ada sewa kereta ikut hari, gunakan mereka sebaik mungkin. Kalau diorang mengelat nak bawak jalan-jalan, kurangkan harga sewa kereta sehari. Driver kitorang yang Azhar tu sangat bagus. Peramah, rajin. Malam2 pun bawak kitorang jalan. Anggaran untuk 4 hari (seorang) Rp300,000 (±RM90.00)

5. Dekat Medan ni kebanyakkan tempat ada wifi. Lagi2 dekat restoran. Rajin2 tanya password dkt orang kedai. Free je. (bagi pengguna pre-paid yang nak jimat, tak perlu beli no indonesia)
The End.

2 comments:

^^. said...

oiii nak ole oleeee. haha *naz*

Qiya Saad said...

Hai…saya singgah blogwalking dari www.qiyasaad.com