March 24, 2015

Paratha Chicken and Cheese

Assalamualaikum...

Kali ni nak share cara buat Paratha Chicken and Cheese ala-ala Hot & Roll. Disebabkan suka sangat makan Hot & Roll, and susah nk cari bila teringin, lagi senang buat dekat rumah. Simple je, dan sangat yummy!

Bahan-bahan

Butter/Planta
Paratha (apa-apa jenama)
Bawang besar/ holland /merah (potong dadu)
Chicken Slice
Cheese Slice (square)
Mayonis
Sos (your favorite sos)

Cara-cara Penyediaan

1. Panaskan kuali dan letak sedikit butter (supaya paratha tidak melekat).
2. Goreng paratha dengan api sederhana
3. Sementara tu, goreng chicken slice sampai masak (guna butter), dan layurkan bawang dengan menggunakan butter (saya buat atas pan yang sama)
4. Potong cheese slice kepada 5-6 bahagian (panjang-panjang)
5. Letak bawang, chicken slice dan cheese di atas paratha (letak bahan di atas (1/2) sebelah bahagian paratha) 
6. Letak sos & mayonis
7. Lipat dua (macam poket doremon) dan terbalikkan paratha di atas api kecil supaya cheese cair 

p/s:- tak ada gambar. Lepas ni kalau buat akan ambil gambar step by step. :)

The End.





No comments: