Nuffnang Ads

January 15, 2015

Persiapan Majlis Perkahwinan Part 3

Hi, Assalamualaikum!

Entries sebelum ni :- Persiapan Majlis Perkahwinan Part 1, Persiapan Majlis Perkahwinan Part 2 ialah persiapan perkahwinan secara general dan majoriti orang kita buat. Dalam entry kali ni baru nak cerita persiapan dari saya. heeeee. 

Mula-mula sekali kad jemputan kahwin. Saya order dekat Aqie'Z Creative Office & Showroom. Kitorang order 1500. Anis 1000, saya 500. Disebabkan order banyak, harga kad jadi lebih murah. Dapatlah RM0.45 sekeping dengan 2 bunting free dan sampul bercorak. Disebabkan order banyak jugak, kitorang dapat lebihan kertas jemputan (bahagian dalam). Banyak jugak. Mungkin sebab terlebih print dekat kertas. So, kalau x cukup x payah fotostat. Bagi je kertas lebihan tu. Tapi kalau nk sopan letak la dalam sampul. Simple je. Bunting pun saya design sendiri.





Bunting designed by me. :)

Next, nak settle kan borang2 dulu pn boleh. Borang2 boleh tgk dekat website majlis agama negeri masing-masing. Haritu ada buat surat akuan bujang jugak. Ada negeri tak perlu pun, tapi masa tu husband gigih suruh buat. Surat akuan bujang ni buat sendiri pon boleh, tp bagi pihak ketua kampung/majikan. Lepas tu mintak tanda tangan ketua kampung atau majikan. Settle.


Ni contoh surat akuan bujang saya. Ayat tu nk tuka pn boleh. Google je pn boleh.

Kalau banyak masa lagi, boleh la kira-kira budget yang diperlukan, buat aturcara, dll untuk majlis nanti. Macam saya ni, aturcara dengan ucapan masa majlis pun buat sendiri. Emcee tinggal nak baca je.. Semua buat guna excel. Sonang.. 

Haaa, ni contoh eh. 

Buat Column banyak-banyak, ikut suka nak letak apa, lepas tu letak lah list yang penting-penting, yang cost nya agak besar. Baru lah jelas. Ni ikut apa yang saya sendiri buat, siap ada formula lagi. Yang remarks tu letak la mana yang dh habis bayar, tick kan aje. Ni tak habis tick bukan sebab berhutang, sbb dah print, tick dekat hardcopy je. Lepas tu bila dh hbs majlis dh tak tengok dah list ni. heheheee. 

Lepastu dah blh fikir doorgift. Doorgift nak letak dalam ape? Paper bag ke? box ke? haa, saya letak dalam printed paper bag. Paper bag untuk doorgift tu tempah dekat Orchid Store. Harga pun berpatutan. Makin banyak kita order, makin murahlah harga dia. Comel-comel tau design dia. Idea bunting tadi tu pun terhasil selepas order paper bag untuk doorgift. Konon-konon nak sama la. Cuba tengok design paperbag kat bawah ni. Samakan dengan bunting tadi? heheheheeee..

Doily paper & ribbon ni tambah sendiri, beli dekat kedai biase je. 

Jangan lupa simpan dalam kotak, kalau bersepah nanti kedut kedut tak lawa.
Printed paper bag from Orchid Store
Doorgift yang saya bagi untuk malam nikah telur rebus. Bekas telur warna purple beli dekat senawang je. Kedai barang- barang buat hantaran & bunga. Masa resepsi bagi paperbag berisi Maruku Ikan yang sedap dari Batu Pahat (Idea baba) & Apollo layer kek disukai ramai dari Jungle food (Kipmart Senawang)

Doorgift malam nikah & majlis resepsi

Sebelum terlupa, bunga telur tu beli dekat nilai 3, lawa-lawa jugak. Rambang mata nak pilih hoi! And of course lah pilih kaler ikut tema. Dusty Pink gitteww. 
p/s: Carpet belakang pn dari Nilai 3. Kasi effect bulu2 dlm bilik pengantin. :)

Dah alang-alang tengah shopping tu, boleh la shopping barang hantaran & bilik pengantin. Dekat nilai 3 tu belambak. Tapi saya tak beli dekat situ. Hantaran banyak kakak yang tolong buat, dia design (DIY),  hantaran yang ada cermin-cermin tu die punya idea. Nak kasi effect modern gitteww. 
Bunga-bunga ni semua beli dekat kedai bunga dekat Senawang je. Deret Affin Bank Islam yang baru bukak. Kedai hujung sekali. Hantaran warna purple pink putih.




Baju pengantin pun boleh tempah 2-3 bulan sebelum majlis. Yang nak sewa pun da boleh sewa,sebab kalau lambat baju lawa habis. hehe. Sebab bridal slalunya banyak event dalam 1 minggu tu. Kalau berebut baju kan susah. Baju nikah dengan sanding tempah. Asalnya baju nikah je nak buat, tapi, kakak da beli untuk dia bersanding, dia punya tarikh tak tau lagi bila. Makanya, baju dusty pink tu automatik jadi kepunyaanku. Terima kasih sebab sponsor. heheee.. 

Disebabkan tangan gatal nak jahit manik (beading), maka, tempah baju peplum labuh kosong je dekat Cathy Fashion, Taman Komersial Senawang. Lepastu, jahit la segala beading yang nk dijahit. Belakang baju ni ada ribbon comel tapi takde gambar. Idea datang dari baju nikah peplum by buttonmybuttons.

Siap jahit kosong


Jahit beading atas lace

Siap Jahit beading dekat baju

 Bahagian belakang baju

Gigih sebab nak rasa buat sendiri. Fefeeling nak kahwin. :D Tudung nikah & sanding pun potong sendiri, ikut bentuk halfmoon. Veil pulak jahit lace sendiri and tambah beading. 

Veil nikah

 baju nikah, baju couple kiterang yg pertama




haa,tu dia bajunya. Princess cut kot ni. Tak sure lah. Simple je. Lps kawen pn boleh pakai.


 Kasut pun DIY je. Malam nikah pakai selipar jepun time salam tetamu. hehe. Untuk majlis respsi, kasut beli yang plain je, lps tu tampal lace lebihan dari lace baju. Idea datang dari diri sendiri, yang buatnya sepupu yang sgt creative! Kebanyakkan daripada hantaran tu pun, kak lini yang tolong buat. Macam coklat, bunga rampai, buah-buahan tu. Hasil tangan die terbaikk!


Untuk makeup, masa malam nikah tu kawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ummi yang tolong makeupkan. Taktau nama. Bella kot. Makeup dia okay, cuma tang bulu kening tu dia buat warna hitam, so nampak garang. Time Resepsi geecantik yang makeup kan. Boleh tengok instagram dia. Mintak natural je without cukur kening. 

bersama pengapit/cousin tercinta.
haa, camtulah makeup die.


Kek kahwin order dekat Myra Faierana . Tapi last-last tak potong pun kek ni. Sebab catering bagi kek free. Tapi kek die comeyy. hehe. Walaupun lain sikit dengan design yang iols nak, tapi still cute. 


Majlis resepsi 9 August 2014 hari tu buat dekat rumah, amek catering je. Catering dekat Port Dickson yang popular is Jamsari Catering la. Lauk die sedap, Servis okay, sebab teratur. Boleh la tengok2 facebook die. Cendol pun ada. Cendol paling popular yang aku penah dengar dekat Seremban ni ialah Cendol Songkok Tinggi. Memang sedap cendol die. 


Pelamin pulak sewa dekat La fira Bridal Beauty atau owner Lafira (Shima) kawan sekolah ni. Harga dia okay sangat. Design pun sweet2 gitteww. 


sebelum

selepas
Last but not least, hand bouquet. Hand bouquet ni nak fresh flower. Lepastu konon nak DIY. Jumaat malam nak nikah, pagi tu pegi carik dekat pasar Port Dickson. Gigih sangat. Orang kata bakal pengantin tak boleh jalan-jalan dah. Tapi keluar senyap-senyap. hihihihi. Selamat bams kita ada. Dah beli bunga-bunga tu, petang tu bams dengan sepupu dia datang tolong jadikan hand bouquet yang cantek. Bagi je idea nak buat camne, lps tu kasi bams settlekan. Penyelamat dunia! Bams tu kawan baik terbaik kite. Nama dia Khairunnisa Mohd Yusof. Single lagi buat masa ni. hehehe.. Thank you bams. I love you! Bams yang tudung kuning tu. Sebabkan die nervous sangat, die kasi sepupu die ikatkan. hahaha.



jadilah begini.
Haaa, itu je kot yang nak di-share kan. Moga cerialah hari-hari bakal pengantin kat luar sana tu. Jangan stress-stress. Enjoy while preparing all the preparation for your own wedding. Gittew. Kalau ada yang singgah, moga entry ni sedikit sebanyak dapat membantu. :) Ehhh, jap, preparation ni semua untuk belah perempuan sahaja (Majlis Resepsi). Majlis bertandang belum ada nak post lagi. Chill.
Cousin!




The End.







8 comments:

Azwar Syuhada said...

Tahniah!

Anonymous said...

beautiful dais with beautiful bride!

Ana Jingga said...

Tahniah dan cantik sangat majlis

nAnA said...

cantikk!!awakk bape meter eh kain gune utk buat peplum cmtu?and kain jenis ape tu?

Anonymous said...

nisa 2 classmate kite msa study degree dulu...

Z u l a i k h a said...

@nAnA kain x ingt berapa meter, tp tempah dkt tailor cina sepasang tu rm190 lbh.. termasuk ribbon kt blakang tu..

Unknown said...

Cntik sgt baju sis.Leh x nak nak no cina tu.nak tempah peplum labuh kosong jgk dgn die

Anonymous said...

Sis cntik sgt baju sis.bolwh x nak tau kain jenis apa?n leh x nak no tel cina tu?