Nuffnang Ads

August 21, 2012

Diary 15.8.2012

Salam, 

Tanggal 15.8.2012, 4 hari sebelum seluruh umat Islam menyambut bulan Syawal, kami mendapat satu panggilan telefon, its mak lang. Mak lang bagi tau wan pengsan. Ummi risau and teros kol Mak ngah, mak ngah cakap wan dah meninggal. Seriously terkejut. Ummi teros panggil baba yang sedang berada di dalam bilik. Baba melompat keluar dari bilik, dan terduduk kt sofa yang berada di ruang keluarga. 

Yang ada dekat rumah time tu, aku ummi dan baba sahaja. Aku kol kakak, tp tak ade orang jawab sebab die keje. Aku pon hantar msg je. Ummi kelam kabut kemas-kemas barang n suruh ambil khai dekat sekolah. Aku teros siap, ambil kunci dan settle kan khai kt sekolah..

Masa tu dh pukul 1.15 tgh hari. Baba pergi masjid, solat zohor. After baba balik dari masjid, kami pon bertolak ke kampung. Bahau, Negeri Sembilan. Semua blur sebab apa wan meninggal. Time dalam kereta tu aku n khai baca yassin, ummi sibuk buat panggilan. 

Bila kakak dah dapat tau, ummi suruh dia ambil ali dekat sekolah. Ali sekolah asrama, kt seremban, so ummi tak nak ambil, sebab nanti lambat. Bila dah sampai kt simpang nak masuk kampung tu, selisih dengan van jenazah yg bawak wan. Sedih sangat. Ya Allah, wan betol2 dah pergi.. :'( 

Pukul 3.30 ptg. Bila sampai kt perkarangan rumah wan, dah ade orang yg datang. Air mata terus mengalir. Bila masuk rumah wan, nampak jenazah wan. T____T Ummi berpelukan dengan mak long and mak ngah. Aku duduk di sisi wan, baca surah yassin. Ummi n khai pn buat benda yang sama. Masa ummi bukak je kain yang menutup muka wan, air mata ummi laju membasahi pipi.. Muka wan macam tengah tidur. Rasa macam nak kejut je wan.. 

Baba sibuk menguruskan hal pengkebumian wan. Ada masalah sikit. Dekat sana, kebumi jenazah ni lambat, jadi problem. Masa baba tegaskan hal kebumi tu, suara baba berubah sedih. Ni semua sebab the undertaker tu tak nak kebumi awal. bulan puasa katenye. Dia tu memang tak cukup ilmu agama! melambat-lambat kan pengkebumian. semua marah, dan sedih sangat sebab buat wan  macam tu. Macam-macam cara makcik2 n baba buat supaya kebumi wan cepat. Sebab diorang nk kebumi wan lepas zohor esok! nak simpan satu hari baru nk kebumi. Bodoh sangat!

Malam tu ada bilal datang tgk, baca kan yassin, baba pon apa lg, teros mntak percepatkan pengkebumian. baba marah, kenapa perlu ikut cakap undertaker tu? bilal u pon cakap, sepatutnya cepat. Kebumi malam pon boleh, after tarawih. tapi masa tu dah pukul 11.00 mlm, esok jugak lah jwbnye. 

Malam tu jugak bilal tu uruskan supaya kebumi wan awal. tp still esok. bila dah confirm, bilal tu ckp kebumi before zohor, TP, pukul 12 lebih tgh hari je. sedih sangat..

Wan dimandikan pukul 8.30 pagi..Cucu2 lelaki wan yang angkat wan masa tu. termasuk ali. Selepas tu, wan dikafankan.. Masa tu, air mata mencurah-curah. cucu2 wan semua ada dengan wan. masa cium wan pon semua ada. Sedih, sayu mase tu. Tu lah kali terakhir boleh cium wan. semua cucu wan cium wan, perempuan dan lelaki. cicit wan pon ade yg cium wan. 

Wan disembahyangkan pukul 12.00 tgh hari dan dikebumikan selepas itu. cucu lelaki wan yang angkat wan dr van, sampai lah meletak wan dalam liang lahad dan menimbus tanah. Semuanya selesai dalam pukul 1.20 tgh hari. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah jugak, cucu wan yang berada di kelantan banti n aiman dapat tgk wan malam tu. tu lah hikmah wan kebumi lambat agk nya. (menyedapkan hati). 

Malam tu jugak, dapat satu pelajaran baru. Bilal tu dtg dan membetolkan keadaan jenazah yang diletak kan di rumah lama.. If jenazah di letakkan di rumah selama 1 hari, atau bermalam kt rumah, tak seharusnya letak jenazah kat lantai walaupun ada tilam. Jenazah sepatutnya diletak kan di atas katil supaya wap simen tak diserap. Kerana, hal itu akan menyebabkan jenazah menjadi berat, dan akan menjadi buah mulut org..









No comments: