Assalamualaikum..
Terasa nak sambung post sebelum ni. Post kali ni khas untuk anak tersayang. Atiff.
Atiff seorang bayi yang mempunyai kelainan fizikal iaitu bilateral cleft lip and complete cleft palate (sumbing bibir & lelangit) juga mempunyai masalah jantung complex cyanotic congenital heart disease with heart failure (double outlet right ventricle, pulmonary atresia and PDA (jantung berlubang) (3.9mm) besaaar.
Atiff juga ada masalah lain iaitu ctev right foot, rocker bottom feet, low sets ears (tapi skrg tak dah. elok je telinga, ari tu setting lari kot. heheh 😅 hypospadia & bifid scrotum.
Semua ni disebabkan masalah genetik which chromosomal study shows:- 46 XY with addition on chromosome 22p10. Atiff inherited this genetik problem from ME. My late brother Abu Bakar pun ada masalah CP and trisomy 10q.
Atiff (1 year old.)
Tu sedikit sebanyak summary of my special babyyy. My yayang Atiff Zubayr yang sekarang 1 tahun 2bulan++ tapi berat badan 4kg++ je. But its okay, slowly ye sayang. Makan pun dah start, it takes time sebab baby yang ada masalah jantung memang berat susah nak naik. (sedapkan hati sendiri) Tapi tu semua memang ayt doc and dietitian la. Ummi tak memandai sendiri. 😅
So, my next pregnancy pun ada 50% untuk dapat baby syurga mcm atiff n my late brother jugak. Tapi, semuanya tu ditentukan oleh Allah SWT. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)
.....END.....
No comments:
Post a Comment