Nuffnang Ads

October 5, 2017

Majlis Bertandang

Bertandang.

Assalamualaikum..

Dah tahun 2017 baru nak post pasal bertandang. Dah basi dah uuiii. Tapi sebab nak melengkapkan post dari persiapan kahwin, sampai bertandang, so kene la completekan jugak.

Bertandang ni takda persiapan sangat pon, hias diri gitu je lah. Dari rumah pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Dekat je pon, 7 minit naik kereta sampai dah. So tema kt rumah pengantin laki warna royal blue + pink. Butik yang sama dengan majlis resepsi which is Lafira bridal kt PD ni je.

So dekat bawah ni gamba2 masa majlis bertandang.


Eh tido pulak dia! :D


Makan time! :)

With baba!

With ummi!

Potong Cake.

With Mak n Ayah! :)

.................End.....................

October 2, 2017

Atiff Zubayr.

Assalamualaikum..

Terasa nak sambung post sebelum ni. Post kali ni khas untuk anak tersayang. Atiff. 

Atiff seorang bayi yang mempunyai kelainan fizikal iaitu bilateral cleft lip and complete cleft palate (sumbing bibir & lelangit)  juga mempunyai masalah jantung complex cyanotic congenital heart disease with heart failure (double outlet right ventricle, pulmonary atresia and PDA (jantung berlubang) (3.9mm) besaaar.

Atiff Zubayr

Atiff juga ada masalah lain iaitu  ctev right foot, rocker bottom feet, low sets ears (tapi skrg tak dah. elok je telinga, ari tu setting lari kot. heheh 😅 hypospadia & bifid scrotum.

Semua ni disebabkan masalah genetik which chromosomal study shows:- 46 XY with addition on chromosome 22p10. Atiff inherited this genetik problem from ME. My late brother Abu Bakar pun ada masalah CP and trisomy 10q.

Atiff (1 year old.)

Tu sedikit sebanyak summary of my special babyyy. My yayang Atiff Zubayr yang sekarang 1 tahun 2bulan++ tapi berat badan 4kg++ je. But its okay, slowly ye sayang. Makan pun dah start, it takes time sebab baby yang ada masalah jantung memang berat susah nak naik. (sedapkan hati sendiri) Tapi tu semua memang ayt doc and dietitian la. Ummi tak memandai sendiri. 😅

So,  my next pregnancy pun ada 50% untuk dapat baby syurga mcm atiff n my late brother jugak. Tapi, semuanya tu ditentukan oleh Allah SWT. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286) 

.....END..... 

October 1, 2017

Rezeki.

Assalamualaikum...

its been 2 years since my last post. lama sangat x menulis. So post kali ni is about kehidupan sekarang.

Alhamdulillah sekarang dah tahun 2017. Tapi kisah yang nk diceritakan ni kisah tahun 2014,2015, 2016 & 2017.

2014.

Tahun bertunang, berkahwin, honeymoon,  dan tahun paling best, tahun dapat rezeki mengandung. Tapi, rezeki mengandung tak lama. kahwin bulan 8, pregnant bulan 9, tapi bila buat checkup (scan)  bulan 11, dapat tahu no fetal heart seen. so jantung baby dh stop. no bleeding, no cramps and all. takde tanda apa2 pn. bila pergi hospital, doc memang nk tunggu keluar sendiri, tapi smpai 2 minggu, tak keluar jgk, so terpaksa lah cuci (ERPOC) pd bulan disember. Begitulah kisah hidup tahun 2014. All in 1 year. Alhamdulillah. 

2015.

Disebabkan kene cuci,  jadi kene ambil jarak yang agk lama untuk pregnant balik.  And, after 8 months, dpt berita gembira lg, pregnant kali ke 2. Tapi, lepas beberapa hari dapat tau diri ni pregnant, gugur kali ke 2. Masa ni baru pregnant 7 weeks. Sakit perut dari malam(rabu), sampai ke petang esok tu (Khamis) and ptg khamis tu keluar sendiri. 

Lepas dh gugur kali ke 2 ni,  i decided to berhenti kerja kt senawang sebab tak boleh dah travel jauh2, mungkin rahim tak kuat. 

Masa ni dah start kerja dekat PD. Masa kerja kt PD ni, lepas 3 bulan gugur,dapat berita pregnant kali ke 3 (bulan 11). Alhamdulillah, bersyukur sangat. Atas nasihat doc, cuti kerja tanpa gaji so that baby kuat dlu, baru start kerja balik. Terpaksa la cuti tanpa gaji untuk 2 bulan,  sambil layan morning sickness. Bulan 2 2016 baru start kerja balik. 

2016.

Sepanjang pregnant ke 3 ni memg x buat kerja berat, kerja pun duduk kt ofis je. Takde pergi site semua. Tapi dalam pregnant ni pn,  banyak kali masuk wad, sbb baby tak gerak sangat. and ada masalah air ketuban byk (polyhydramnios)
. 3 kali jugak la masuk wad sebab baby x gerak. Dalam masa yang sama doc detect (sebab tak tau) ada contraction 3 in 10. masa tu baru 30 weeks. So kene la cucuk dexa (matangkan paru2 baby) and untuk otak bayi. Alhamdulillah baby x keluar awal. 

Tapi masa 35 weeks++ masuk lg wad sbb baby kurang gerak, air ketuban banyak and doc detect baby iugr (baby kecik) so kene stay sampai 37 minggu and paksa bersalin. Tapi,  genap 36 minggu dah bersalin. Bersalin pun sebab fetal distress. ctg tak cantik pagi tu, so kene emergency czer. Alhamdulillah. Walaupun baby teros ke nicu sebab nadi tak cantik, keluar pun tak nangis and biru2.

Alhamdulillah, lahir lah seorang bayi lelaki yang sangat istimewa pada. 21.7.2016. Atiff Zubayr bin Anis Syakir. 😊

Pengalaman mengandung, dan bersalin setiap orang berbeza, Tapi ia tetap menjadikan kita sebagai seorang ibu. Alhamdulillah untuk rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. 

2017

Alhamdulillah, sekarang Atiff dah 1 tahun 2 bulan++. Walaupun lahir late premature (36weeks) bersyukur dikurniakan seorang anak. 

.......END.......