Nuffnang Ads

March 31, 2015

Bercuti Ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum..


Dah lama tertangguh nak buat post pasal holiday ni. So, nak cerita pasal "Percutian Di Pulau Perhentian selama 4 Hari 3 Malam". 


Sebenarnya cuti dekat Pulau Perhentian ni cuti honeymoon. hewhewhew. Standard lah zaman sekarang ni lepas kahwin ambil cuti lama, teros pegi honeymoon. Sama lah macam kitorang. Semua plan before kahwin. Tp pegi bercuti lepas kahwin yeee.. 

Kitorang amek package budget. Bukan yang honeymoon, bukan fullboard. Sebab honeymoon mahal sgt. hahaha. fullboard die penoh dengan aktiviti. Kene ikut berkumpulan. Kitorang nak ada privasi sendiri. Aktiviti bebas. Kitorang ambil package daripada Perhentian Kecil Services. Deal dengan Puan Dyana. Daripada parking dekat jeti kuala besut, sampailah package dekat pulau. Semua ada. Kalau yang nk plan bercuti dengan kawan-kawan, saudara mara semua boleh lah pergi dekat page ni :- Perhentian Kecil Services

 Itinerary nya begini....

11/8/2014 , Isnin

6.30 am  :- Drive daripada PD ke Terengganu. fuhh. Jauh betol.
3.00 pm :- Sampai Jeti Kuala Besut. *jalan-jalan beli topi, selipar*
4.00 pm :- Naik Boat.
4.30 pm :- Sampai ke Pulau Perhentian Kecil. Check in Sharila Island Resort
5.00 pm :- Minum petangdi Sharila.
5.30 pm :- Jalan-jalan tepi pantai (Aktiviti Bebas)




Sharila Island Resort. Selesa :)

Ada ruang tamu yg comel. TV ada astro & 24 hours elektrik!
 ......................................................................................................................................................................

12/8/2014, Selasa

9.30 am :- Breakfast (Included in the package)
10.30 am :- Berkumpul dekat tepi pantai untuk pergi Snorkeling (5 point) Semua cantik-cantik air dia
1.00 pm :- Makan tengah hari dekat Fisherman Village (Lawa gila air dia)
2.00 pm :- Sambung snorkeling
5.00 pm :- Balik resort
6.30 pm :- Menikmati Sunset di sharila resort (Aktiviti bebas)
8.00 pm :- Dinner (BBQ dekat sharila resort :- not included in package tapi nak rasa RM25/ person) 

Breakfast!
one of the snorkeling point
Romantic Beach

Lunch at Fisherman Village

Crystal Clear
Sunset

 ......................................................................................................................................................................

13/8/2014, Rabu 

Untuk pakej kami, hari ketiga adalah bebas. Ikut suka nak pegi mana.
9.30 am :- Breakfast (Included in the package)
10.30 am :- Pergi Turtle Beach, Jalan-jalan, Naik kayak (RM20/hour). Mandi laut. 
1.00 pm :- Ambil teksi & balik hotel. 
1.30 pm:- Lunch dekat depan Ombak Resort (Sebelah Sharila) 
5.30 pm :- Mandi laut & Snorkeling at sharila resort (Sewa goggle) Misi mencari nemo. 

Jalan-jalan at Turtle Beach

crystal clear. Turtle beach. *Mandi-manda di sebalik batu besar*
Snorkeling at Sharila
......................................................................................................................................................................

14/8/2014, Khamis

9.30 am :- Breakfast (Included in the package)
10.00 am :- Kemas baju nak check out dah  
12.00 pm :- Sampai jeti kuala besut. Shopping ole-ole untuk saudara mara. *borong tshirt & magnet fridge*
Sharila Island Resort
This is a no filter picture. Cantik Ciptaan Allah ni. :')


Begitulah ceritanya. Seronok, Subhanallah, indah sangat ciptaan Allah SWT ni. Saya yang duduk tepi laut dkt PD ni pun cari laut jugak tau. Lepas ni plan ke tempat lain pulak. Dah kene ada Holiday Wishlist dh ni. :D
......................................................................................................................................................................
Tips-tips ke Pulau Perhentian

1. Sentiasa ada EXTRA CASH. Kalau dekat hotel tu, nk ambil heater pon kene letak deposit RM50.

2. Kalau nak bawak fon masuk dalam air, beli siap2 casing (mcm dlm gmbar saya pakai topi dkt atas) tu sebelum ke pulau. Sebab dekat pulau mahal gila. RM100. *Dah terkena*. Member beli dkt KL RM20. (nangis)

3. Bawak bekalan makanan supaya tak lapar. Snorkeling 5 point menggunakan banyak tenaga..

4. Jangan malu-malu suruh pak cik/ brother yg bawak boat tu tolong ambilkan ambar. hihihi.. :)

The End.



4 comments:

idah_shi said...

Ya Allah clearnya airrrr.
Teringat haritu pergi Perhentian. Nak pergi lagii. Hehe

Unknown said...

tq for info ....

Unknown said...

tq for share pulau pehentian

Anonymous said...

Perkongsian informasi yang menarik. Memang best kalau dapat BERCUTI di sini